Khasiat Buah Tunjuk Langit

Info dan Khasiat Buah Tunjuk Langit
Pengenalan Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai “buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit.
Buah Tunjuk Langit mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Anti-penuaan, Barah / Ketumbuhan, Buah tunjuk langit, Haid dan Keputihan,kencing manis, Kesuburan, penyakit jantung, skyfruit, Swietenia_Macrophylla, tekanan darah tinggi.
Khasiat
BUAH TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
TIGA BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
1) FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2) SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
3) BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.
RAHSIA TUNJUK LANGIT UNTUK KESIHATAN SEMULAJADI DAN INSYAALLAH MEMBANTU BELBAGAI PENYAKIT :
– Melancar perederan darah
– Gout / sendi
– Kolestrol tinggi
– Migrain / sakit kepala
– Strok peringkat awal
– Menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa
– Sembelit, masalah sistem penghadaman
– Menghidupkan kembali sel-sel
– Senggugut / Haid Tak Lancar
– Masalah Ereksi / mati pucuk
– Kebas
– Angin / sakit urat
– Kencing Kotor
– Anti-penuaan / Ejen Kecantikan
– Kulit sensitif, jerawat dan lepuh
Sumber : http://www.khasiatherba.com


Tiada ulasan:
Catat Ulasan