Pages

Klik Info Di bawah...

Klik Info Di bawah

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Ibnu Hj.Sahlan

lazada

Rabu, 28 Disember 2011

Buat Kalendar Sendiri

MS Office 2010 dapat membantu anda menghasilkan Kalendar ciptaan sendiri. Sila ikut langkah-langkah di bawah...

1.Buka MS Word 2010
2.Klik File > New > Calendars


3.Klik Kalendar 2012
4.Pilih jenis kalendar yang dikehendaki


5.Klik dua kali pada jenis kalendar yang dipilih atau Klik download .
6.Tunggu proses muat turun fail selesai



7.Anda sudah boleh menghasilkan kalendar sendiri.
Selamat mencuba...

Basikal Oh Basikal...

Basikal ialah sejenis kenderaan yang mempunyai dua roda yang dipasang pada rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pesat dan jumlahnya melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini. Basikal juga memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular.

Adakah anda mempunyai dan meminati basikal...?

Selasa, 27 Disember 2011

Balik Kampung Senibong Sarawak

Awal cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga balik kampung di Sarawak...lama jugak di sana, lebih kurang 11 hari...Dari LCCT Sepang jam 2.15 ptg dan sampai di sana jam 4.00 ptg. Keluarga di sana dah menunggu dengan 3 buah kenderaan... Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah memancing ikan di kolam.
Pehhh,memang best sebab dapat ikan besar. Cuba tengok kat bawah ni...ikan keli tropika.
Bila nak disiang tu memang gementar gak...sebab besar badannya. Tapi dengan menggunakan tips / petua yang ada di dada, akhirnya ikan besar tu senang jugak disiang. Cuma masukkan beberapa sudu garam ke dalam baldi berisi ikan keli tu, dan dalam masa 5 minit jer ikan tu lemah dan mudahlah disembelih lehernya...

Pukulan Bercuti Di Perak

Jom Mancing... Aktiviti ini diadakan semasa kami bercuti di Perak baru-baru ni iaitu di rumah Mohd Isa Hj.Sahlan... Memancing di tasik / bekas lombong ni kurang lah mencabarnya...sebab kawasannya lapang,bersih dan tidak semak...
Di tasik ni memang banyak jenis ikan, cuma tak menyangkut jer...sebab mata kail yang kami gunakan kebanyakkannya bapak-bapak dan emak-emak punya saiz...gedabak besarnya.
Ikan telapia memang banyak...yang kami cari ialah ikan Tongsan...cuba tengok ni...
Cara pancing ikan tongsan ni memang payah jugak. Sebab kena buat style "casting" tak payah guna umpan...baling mata kail ke tengah dan rembat kuat-kuat. Mata kail yang besar tu ( bercabang tiga) akan menyangkut pada bahagian perut,ekor,kepala dll...bila dah mengena, apa lagi rembat lah...memang best bila ikan tu melawan...
Selain memancing, aktiviti menjala juga dicuba...payah juga kalau first time mencampakkan jala ke dalam air...

Jumaat, 18 November 2011

Ucapan Takziah

Semua ahli keluarga Ibnu Hj Sahlan ingin mengucapkan takziah kepada En.Sapuan dan Pn.Normala serta keluarganya di atas kembalinya ayahanda Hj Minen ke rahmatullah pada 19 November 2011 ( Jumaat ),21 Dzulhijjah 1432 H... Doa kami agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t hendaknya...Al-Fatihah.

Khamis, 10 November 2011

Muharamm Datang Lagi...

Selasa, 1 November 2011

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah. Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa. Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa: "Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah". Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik. Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: "Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28) Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam. Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup. Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja. Amin ya Rabbal Alamin! oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Jumaat, 21 Oktober 2011

Majlis Pertunangan

Upacara Majlis Pertunangan anak En.Mesran Bin Hj.Sahlan iaitu Norbazilah Binti Mesran akan diadakan pada 06 November 2011, selepas solat Asar bertempat di rumah kediamannya. Semoga majlis dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kesukaran.

Selasa, 18 Oktober 2011

Tips MS Word 2010 - (1)


Menghilangkan Latarbelakang ( Background ) Pada Imej / gambar

Dengan menggunakan MS  Word 2010, PowerPoint 2010 dan Excel 2010 anda boleh membuang latar belakang gambar pilihan tanpa menggunakan Aplikasi Photoshop .
Cara-caranya :
1.       Letakkan gambar pilihan pada hamparan MS Word / MS Excel / MS PowerPoint.
2.       Klik pada gambar > Format > Remove Background


3.       Laraskan point dalam kotak gambar untuk mendapatkan gambar yang diperlukan.
4.       Klik Keep Changes
5.       Dah selesai.