Pages

Klik Info Di bawah...

Klik Info Di bawah

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Ibnu Hj.Sahlan

lazada

Selasa, 18 Oktober 2011

Tips MS Excel 2010 - (1)


Menghilangkan Digit Yang Tidak Diperlukan

Sekiranya kita menyediakan senarai berbentuk angka atau huruf ( di sini saya menggunakan contoh No.KP Lama ) yang banyak  dan digit awalnya kita tidak perlukan , agak letih juga kalau kita buat secara manual ( biasa ). Iaitu terpaksa buang satu persatu huruf atau digit yang tidak diperlukan.

Di sini saya akan tunjukkan cara mudah untuk menghilangkan digit awal seperti  contoh di bawah.
( 8 digit ke 7 digit )

1.       Saya gunakan sel A2 hingga A6 untuk mengisi 8 digit ( angka dan huruf ).
2.       Pada sel  B2 taipkan arahan  =Right(A2,7) kemudian tekan Enter.
3.       Copy sel B2 dan Paste pada B3 hingga B6.
4.       Anda dapat melihat huruf A tiada di hadapan digit 7 angka tersebut.


Keterangan:
=Right(A2,7)

Fungsi Right ialah bacaan yang diperlukan dari kanan ke kiri.
Fungsi Left ialah bacaan yang diperlukan dari kiri ke kanan.

A2 adalah di mana sel yang kita inginkan.
7 adalah hanya 7 digit sahaja perlu dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan