Mencari Bilangan Umur
MS Excel dapat membantu kita untuk mencari umur berdasarkan tarikh lahir yang diberikan.
Di sini saya akan menunjukkan cara untuk mencari bilangan umur dengan menggunakan MS Excel 2010.
1. Buat jadual yang mengandungi maklumat seperti di bawah.
2. Saya menggunakan sel A3 hingga A7 untuk mengisi maklumat tarikh lahir.
3. Untuk mencari bilangan umur, di sel B3 taipkan arahan =ROUNDUP(YEARFRAC(A3, TODAY(), 1), 0) dan kemudian tekan Enter.
4. Copy formula pada B3 dan Paste di B4 hingga B7.
5. Anda akan dapat melihat keputusannya.
Keterangan :
=ROUNDUP(YEARFRAC(A3, TODAY(), 1), 0)
Fungsi Round adalah untuk membundarkan (angka bulat ) bagi bilangan umur.
Fungsi Roundup adalah untuk membundarkan secara menaik.
Fungsi Rounddown adalah untuk membundarkan secara menurun.
Anda boleh mencuba dengan menggunakan tairkh-tarikh yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan