Pages

Klik Info Di bawah...

Klik Info Di bawah

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Ibnu Hj.Sahlan

lazada

Ahad, 27 Mei 2012

Ikan Lumik

Pernah tengok tak ikan ni... dan siapa pernah makan ikan ni.


Ini adalah ikan Lumik atau Lumi atau Lelumik. Kalau tengok dari segi fizikalnya, memang menakutkan. Apa tidaknya, mulut dan rahangnya punya la besar. Badannya pulak lembik macam jeli. Giginya pulak, mak ooii tajamnya...kalau nak siang kena hati-hati sikit takut cedera. Harganya tak lah mahal sangat, sekitar RM8.00 sekilo. Tapi...kalau dimasak sup...eemmm nyam-nyam sedapnya. Cara makannya pulak, hanya sedut je kemulut, walau pun tulangnya banyak tapi halus jer...boleh ditelan.
Lagi sedap kalau isinya ( bila dimasak sup) dileraikan dari tulangnya, kemudian dicampur dalam kuah...ummphh...pasti bartambah-tambah nasinya tu...sedappp.


Sabtu, 26 Mei 2012

Selamat Berkhatan...

Pada Hari Sabtu, 26 Mei 2012 bersamaan 5 Rejab 1433 Hijrah, Muhammad Nafis dan Muhammad Najmi telah selamat dikhatankan pada jam 10 pagi di Klinik Ibnu Sina ,Senawang. Mereka ni memang bagus, sebab tidak menangis dan senyum aje, walau pun kanak2 yang sebelum tu ada yang menangis dan menjerit...
Tapi, bila sampai kat rumah jer...mak ooiii, melalak la pulak, sebab ubat bius dah habis...sakit agaknya.
...biasa la tu, pengalaman pertama buat mereka...
Walau apa pun, tahniah sebab mereka dah berjaya dikhatankan...

Muhammad Nafis

Muhammad Najmi

" SELAMAT BERKHATAN "

Jumaat, 25 Mei 2012

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH

Kepada murid-murid dan guru-guru, selamat bercuti sekolah...dan jangan lupa pulak 11 JUN 2012 nanti balik ke sekolah...
Murid-murid yang nak berkhatan tu, selamat berkhatan dan jangan lupa pulak "berpantang"...nanti lambar sembuh...
SELAMAT HARI GURU...!
Kepada anda yang bergelar guru / cikgu...saya ucapkan Selamat Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2012.


Teruskan perjuangan anda sehingga ke akhir hayat...

"TERIMA KASIH CIKGU"


Rabu, 9 Mei 2012

Kita bersua lagi...
Dah agak lama tak kemaskini blog...sibuk...Insyallah lepas ni saya akan sentiasa kemaskini blog ini dengan info-info yang boleh dikongsi bersama.