Pada 23 hingga 26 Disember 2015 yang lalu kami "ngelencer" / bersiar-siar ke utara dengan adik-beradik dari Seremban dan Perak...4 keluarga...memang seronok. Lokasi yang diterjah adalah Pulau Pinang, Perak dan Pahang.
Di Pulau Pinang, kami sempat singgah di Telok Bahang sebab orang terlalu ramai di Batu Ferengghi.
Lebih kurang jam 4 petang kami beredar ke Bukit Mertajam menziarahi rakan lama semasa di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim dahulu.
Di Perak kami sempat berkelah di Hutan Lipur berhampiran dengan Beruas.
Hutan Lipur ni memang best...ada air terjun dan sejuk sangat airnya. Batu-batunya juga besar dan mudah untuk landingkan badan...Yang tak sedapnya, tempat ni banyak pacat la pulak...melompat-lompat dia orang yang kena gigit...
Di Pahang, kami menjengah Cameron Highland. Cadang awal nak berkelah di Bukit Timah, tak jadi sebab anak-anak dah mandi kat Hutan Lipur. Lagi pun, dia orang takut kat pacat...jangan-jangan di Bukit Timah ada pacat...
Begitulah sedikit sebanyak coretan yang dapat dinukilkan untuk kali ni...




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan