Pages

Klik Info Di bawah...

Klik Info Di bawah

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Ibnu Hj.Sahlan

lazada

Khamis, 16 Februari 2012

Anda Ada Jerawat ?

Kemunculan jerawat memang sukar untuk dihalang...bagi para remaja jerawat memang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Ada setengah remaja tu, jerawat yang timbul sikit aje, dan ada juga yang teramatlah banyaknya...Namun demikian ada petua menyarankan menggunakan susu tepung dapat menghilangkan jerawat. Itu pun sekiranya kulit muka serasi dengan susu tepung yang digunakan.


Caranya, bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air dan jangan terlalu cair sangat. Kemudian Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

Khamis, 9 Februari 2012

Daun Semambu

Anda kenal tak daun semambu ini...pokoknya seperti di bawah ni.



Pohon Neem lebih dikenali dengan panggilan pokok semambu, Laksamana atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda sejak lebih 2,000 tahun lamanya. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan boleh ditemui di tepi-tepi jalan.
Hasil kajian oleh Himalaya Drug Company di India membuktikan daun Semambu dan elemen-elemennya memiliki unsur-unsur anti radang, anti bakteria, anti oksida dan anti karsinogenik. Unsur-unsur ini amat mujarab untuk membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat,gatal-gatal dan berkesan untuk menghindarkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.


Kalau kena gatal-gatal kulit carilah daun ini untuk penawarnya...

Khamis, 2 Februari 2012

Petua Menyiang Ikan Keli

Agak susah juga untuk menyiang ikan keli hidup ye. Ada sesetengah orang tu ketuk dulu kepala ikan keli tu sampai pecah untuk memudahkan menyiang, sebab ikan tu dah mati,kesian ikan tu...



Namun demikian ada cara mudah untuk menyiang ikan ni,ikuti langkah-langkah di bawah :-
a. Letakkan ikan keli hidup ni dalam baldi.
b. Curahkan beberapa sudu garam halus di badan ikan keli tu
c. Tunggu beberapa minit untuk membolehkan ikan tu lemah
d. Ikan keli tu sudah boleh disiang


Selamat Mencuba..!

Selasa, 31 Januari 2012

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1. MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?

Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
Firman Allah SWT:

Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)

Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.

2. SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. APAKAH IKTIBAR DARI KENYATAAN INI?

Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:

Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)

Hikmahnya besar dan tidak terhad
Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.
Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.
Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.
Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran.
Didikan secara langsung dari Allah SWT.

3. JIKA BEGITU SEKALI KEHEBATAN PERIBADI BAGINDA, MENGAPAKAH SUKAR BAGI SESETENGAH KITA UNTUK MENCONTOHINYA?

Soalan yang sangat penting.
Kehebatan Rasulullah SAW turut diakui oleh pengkaji barat seperti Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History
Mengapa sukar mencontohi baginda?
Bukan hanya orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri mungkin ramai yang sulit mencontohi kehidupan Nabi SAW.
Contohnya: Hadith berkenaan puasa, Nabi SAW bertanya kepada Aisyah apakah ada makanan untuk dimakan? Jika tiada, Rasulullah mahu berpuasa. Apakah ini contoh rumahtangga yang terbaik? Mahukah perempuan hari ini menerima calon suami yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah?
Allah sebut dalam al-Quran:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab 33: 21)

Tiga ciri orang yang boleh melihat Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik iaitu:

Meletakkan harap / matlamat hidupnya kepada Allah (Allah Centric)
Ganjaran pekerjaan yang diutamakan adalah habuan Akhirat
Konsisten mengingati Allah dalam segenap kehidupan

Membetulkan pandangan terhadap Rasulullah
Percaya dengan apa yang dipercayai oleh Rasulullah SAW (Aqidah)
Inilah yang diusahakan oleh Baginda SAW selama 13 tahun secara intensif pra Hijrah.

4. NAMPAKNYA SOAL AQIDAH TELAH DIBERIKAN PENEKANAN YANG AMAT BESAR OLEH BAGINDA SAW. BOLEH USTAZ LANJUTKAN LAGI TENTANG KEPENTINGAN AQIDAH INI?

Kesemua Rasul diutuskan dengan menjadikan soal kepercayaan / Aqidah sebagai subjek utama
Firman Allah SWT:

Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut” (An-Nahl 16: 36)

Kepercayaan menentukan pandangan hidup (world view), sistem nilai dan tindakan

Sumbangan Artikel :
http://saifulislam.com/?p=138

Ahad, 29 Januari 2012

Tidak Boleh Insert Page Number pada fail MS Word 2010

Sekiranya anda tidak berjaya mengisikan muka surat ( page number ) dalam fail MS Word 2010 seperti gambar di bawah , sila ikut langkah-langkah seterusnya...

1. Klik File > Options > Advanced
2. Ikut arahan seperti pada gambar di bawah ( sila klik gambar )

3. Klik OK

Selamat Mencuba...

Sabtu, 28 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru

Kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Muhammad Firdaus Bin Mesran yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 03 Februari 2012 bersama gadis pilihannya...TAHNIAH

Sabtu, 21 Januari 2012

EPAL DAN PEAR HINDARI STROK

Ya,sebiji buah epal atau pear mampu menghindari anda daripada diserang strok.Demikian kesimpulan daripada kajian Belanda yang disiarkan dalam Stroke : Journal of the American Heart Association.Penyelidik mendapati seseorang yang makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan daging putih boleh melindungi daripada strok.Jika kajian-kajian sebelum ini mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran akan merendahkan risiko strok,penyelidik terkini menguji warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjauhkan strok.




Bahagian berwarna buahan-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan kerana mengandungi fitokimia yang berfaedah seperti karatenoid dan flavonoid.Buah-buahan dan sayur-sayuran diklasifikasikan kepada empat kumpulan warna iaitu hijau (sayuran berdaun,kubis dan salad), oren dan kuning (buah-buahan sitrus), merah dan ungu (sayuran dan buah-buahan) dan putih (55 peratus adalah epal dan pear)Pengambilan 25 gram buah-buahan dalam kumpulan warna putih setiap hari mampu menurunkan risiko strok sebanyak sembilan peratus.Epal dan pear tinggi kandungan serat dan flavanoid yang dipanggil kuersetin.Makanan lain yang tergolong dalam buah-buahan putih ialah pisang,bunga kubis,chicory dan timun.

Sumbangan artikel : http://kpkakaktua.blogspot.com

Khamis, 19 Januari 2012

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAMTAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA



 

TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI

 
HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1433
5 Feb 2012
Maulidur Rasul
27 Rejab 1433
17 Jun 2012
Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1433
21 Julai 2012
Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1433
6 Ogos 2012
Nuzul Al-Quran
* 1 Syawal 1433
19 Ogos 2012
Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1433
17 Oktober 2012
Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 1433
26 Oktober 2012
Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1434
15 November 2012
Awal Muharam/Maal Hijrah

 

* Tertakluk kepada perubahan


 

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selasa, 17 Januari 2012

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?


Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.

Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:

Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.

Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.

Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.

Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.

Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.

Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.

Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.

Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.

Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.

Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.

Petua untuk membantu anda:

- Tukar kebiasaan anda.
- Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari
- Jauhkan diri dari perokok
- Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
- Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
- Menyimpan duit rokok
- Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
- Minum air secukupnya
- Kurangkan minuman yang mengandungi kafein
- Bersarapan pagi

Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI.

Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.

Sumbangan Artikel:
http://www.kesihatan.biz/Masih_Ingin_Merokok.php

Sabtu, 14 Januari 2012

Siapa tahu ini haiwan apa?


Haiwan ini hanya boleh diperolehi di kawasan bakau berair masin.Haiwan ini hidup di dalam lumpur atau tanah berpasir. Cara untuk mencarinya sukar dan mencabar.Bagi sesiapa yang tidak pernah mencarinya tidak digalakkan mencari seorang diri. Ini kerana tempat hutan bakau ini mempunyai bahaya yang sukar untuk diduga. Contohnya ular,tebuan,harimau atau buaya...


Haiwan ini ialah LOKAN.


Ini adalah tempat untuk mencari lokan di hutan bakau berair masin.




Namun, kita akan berasa puas apabila dapat membawa pulang lokan yang banyak ke rumah.Sebab isinya memang sedap walaupun dimasak dengan pelbagai cara masakan.







Lokan memang best...

Kelebihan Screenshot dalam MS Word 2010

Kegunaan Screenshot adalah untuk meletakkan gambar/ imej di paparan yang dibuka ke dalam MS Word untuk diedit dan sebagainya. Terdapat dua pilihan dalam Screenshot iaitu Available Windows Dan Screen Clipping.


1. Buka MS Word 2010
2. Klik Insert > Screenshot


Available Windows
- Membolehkan anda menyalin / copy gambar paparan yang sedang dibuka spt. Windows Explorer, IE atau apa-apa sahaja gambar yang sedang dibuka.Klik gambar untuk lebih jelas...




Screen Clipping

- Membolehkan anda memilih bahagian yang hendak disalin ke MS Word tanpa menyalin keseluruhan gambar / Imej.

Jumaat, 13 Januari 2012

Tips Kesihatan

4 Ciri Kesihatan Optimum
Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil

Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.


Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online

Khamis, 12 Januari 2012

Awas...!

Sila ambil perhatian, jangan sesekali membenarkan sesiapa sahaja menggunakan PC atau Laptop anda tanpa izin...sebab ada cara bagaimana utk mereka yg mahir mengetahui ID dan Password yg anda gunakan seperti Facebook,email dan lain-lain...sebenarnya cukup mudah utk mengetahui password seseorang tidak sampai 15 saat pun...AWAS...!!!

Rabu, 11 Januari 2012

Bina Jadual Di dalam Blog

Dengan menggunakan MS Word 2007 dan 2010, anda boleh meletakkan jadual di dalam blog anda. Untuk memasukkan jadual dalam blog agak sukar dilakukan, sebab dalam blog banyak perkara yang tidak boleh kita buat sebab terlalu terhad fungsinya. Sebenarnya ada cara lain untuk kita masukkan jadual / table ni dalam blog kita. Dengan menggunakan Microsoft Word 2010 / 2007 kita dapat selesaikan masalah ini.

1. Buka aplikasi Microsoft Word 2010/ 2007
    Klik ikon MS Office atau    > New

2. Pilih New blog post / Blog Post > Create atau Klik 2 kali




3. Insert Table yang diperlukan dan isikan maklumat

4. Kalau sudah siap Klik Blog Post > Publish

5. Masukkan ID dan Password Blogspot anda

6. Ikut arahan seterusnya…anda akan berjaya masukkan jadual / table dalam blog anda.


Selamat Mencuba...

Selasa, 10 Januari 2012

KATA MAJMUK ( BENTUK YANG TELAH MANTAP )

Penggunaannya telah dianggap utuh dan tidak menerima imbuhan serta diubah walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan tersebut tetap dieja dengan satu perkataan. Dalam Bahasa Melayu terdapat 15 perkataan yang telah mantap bentuknya ;

Antarabangsa

Setiausaha

Tanggungjawab

Bumiputera

Jawatankuasa

Matahari

Warganegara

Sukarela

Suruhanjaya

Tandatangan

Beritahu

Kakitangan

Olahraga

Pesuruhjaya

Kerjasama

Ahad, 8 Januari 2012

Makanan Segera: Buruk Untuk Kesihatan

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.



Sumbangan Artikel :

http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-kesihatan.html

Sabtu, 7 Januari 2012

Kebesaran Allah s.w.t

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w.t ,




Jumaat, 6 Januari 2012

Kelebihan Azan

Kita sebagai orang yang beragama Islam wajib menghormati azan, sebab banyak fadhilatnya . Kalau lagu Kebangsaan, kita diajar supaya berdiri tegak dan diamkan diri, kenapa pulak semasa azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Seandainya sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya semasa nazak . Sekiaranya takut lidah kita kelu semasa ajal hampir tiba, maka marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin .

Dengarkanlah azan yang lunak lagi merdu ni...


Khamis, 5 Januari 2012

Kebesaran Allah s.w.t

Artikel ini diambil melalui http://sayangislam.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/

Kredit untuk tuan punya blog...TK

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR & SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)

Lihat Videonya...


Rabu, 4 Januari 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

Berita baik kepada sesiapa yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS. Baucar buku bernilai RM200 akan diberi kepada setiap pelajar menerusi institusi atau tempat pengajian pelajar.


Boleh layari menerusi Laman Sesawang di bawah :
http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

Selasa, 3 Januari 2012

Ejaan Salah

Papan tanda (signboard) merupakan satu komunikasi penting kepada kita. Sekiranya tidak ada papan tanda (signboard) maka sukarlah untuk kita mencari atau pergi ke sesuatu tempat dengan mudah. Namun demikian kesalahan ejaan di papan tanda (signboard) akan menyebabkan tidak sedap mata memandang

Isnin, 2 Januari 2012

SMS Percuma

Kepada mereka yang ingin mencuba dengan perkhidmatan SMS secara percuma, sila layari beberapa website yang disediakan...
http://50sms.com/
http://www.phones.com/
http://www.mobyko.com/
http://www.mobizone.com/
Selamat Mencuba...

Masukkan Imej Dalam MS Word 2010

1. Buka MS Word 2010
2. Klik Insert > Clip Art
3. Pilih imej yang dikehendaki dan Klik sekali untuk dimasukkan dalam paparan MS Word 2010.
Selamat Mencuba

Ahad, 1 Januari 2012

Menghasilkan Imej Yang Menarik

1. Buka MS Word 2010.
2. Salin (copy) imej / foto dari folder Picture atau folder yang ada fail imej atau foto.
3. Paste pada ruangan MS Word 2010 yang telah dibuka.
4. Laraskan saiz imej / foto yang diperlukan.
5. Klik pada imej / foto dan klik Format ( rujuk rajah di bawah )
6. Berdasarkan menu , pilih kombinasi imej / foto yang diperlukan.
7. Anda telah berjaya menghasilkan imej / foto yang menarik.
Selamat Mencuba

Rabu, 28 Disember 2011

Buat Kalendar Sendiri

MS Office 2010 dapat membantu anda menghasilkan Kalendar ciptaan sendiri. Sila ikut langkah-langkah di bawah...

1.Buka MS Word 2010
2.Klik File > New > Calendars


3.Klik Kalendar 2012
4.Pilih jenis kalendar yang dikehendaki


5.Klik dua kali pada jenis kalendar yang dipilih atau Klik download .
6.Tunggu proses muat turun fail selesai



7.Anda sudah boleh menghasilkan kalendar sendiri.
Selamat mencuba...

Basikal Oh Basikal...

Basikal ialah sejenis kenderaan yang mempunyai dua roda yang dipasang pada rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pesat dan jumlahnya melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini. Basikal juga memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular.

Adakah anda mempunyai dan meminati basikal...?

Selasa, 27 Disember 2011

Balik Kampung Senibong Sarawak

Awal cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga balik kampung di Sarawak...lama jugak di sana, lebih kurang 11 hari...Dari LCCT Sepang jam 2.15 ptg dan sampai di sana jam 4.00 ptg. Keluarga di sana dah menunggu dengan 3 buah kenderaan... Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah memancing ikan di kolam.
Pehhh,memang best sebab dapat ikan besar. Cuba tengok kat bawah ni...ikan keli tropika.
Bila nak disiang tu memang gementar gak...sebab besar badannya. Tapi dengan menggunakan tips / petua yang ada di dada, akhirnya ikan besar tu senang jugak disiang. Cuma masukkan beberapa sudu garam ke dalam baldi berisi ikan keli tu, dan dalam masa 5 minit jer ikan tu lemah dan mudahlah disembelih lehernya...

Pukulan Bercuti Di Perak

Jom Mancing... Aktiviti ini diadakan semasa kami bercuti di Perak baru-baru ni iaitu di rumah Mohd Isa Hj.Sahlan... Memancing di tasik / bekas lombong ni kurang lah mencabarnya...sebab kawasannya lapang,bersih dan tidak semak...
Di tasik ni memang banyak jenis ikan, cuma tak menyangkut jer...sebab mata kail yang kami gunakan kebanyakkannya bapak-bapak dan emak-emak punya saiz...gedabak besarnya.
Ikan telapia memang banyak...yang kami cari ialah ikan Tongsan...cuba tengok ni...
Cara pancing ikan tongsan ni memang payah jugak. Sebab kena buat style "casting" tak payah guna umpan...baling mata kail ke tengah dan rembat kuat-kuat. Mata kail yang besar tu ( bercabang tiga) akan menyangkut pada bahagian perut,ekor,kepala dll...bila dah mengena, apa lagi rembat lah...memang best bila ikan tu melawan...
Selain memancing, aktiviti menjala juga dicuba...payah juga kalau first time mencampakkan jala ke dalam air...